Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

بسم الله الرحمن الرحيم
(Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

Laman Blog ini dicipta di atas satu petikan kata daripada

Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qardhawi
di dalam kitabnya iaitu Fikhul Jihad Karangan
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"

Hasil tulisan dalam laman ini adalah hasil olahan 99.99% penulis sendiri ~ aku Insan Biasa ~ dengan bersandarkan maklumat yang telah disunting dan disatukan menjadi satu artikel yang membincangkan tentang fakta dan realitinya yang sebenar.

Harapan ~ aku Insan Biasa ~ ialah ingin menjadikan laman ini sebagai satu ruang diskusi secara ilmiah dan berharap laman ini menjadi peringatan kepada diri penulis dan pembacanya juga - insyaallah.
**sebarang tulisan yang menyebabkan perasaan marah ataupun terasa dengan segala tulisan ini..harap dimaafkan dan diajak berbincang dengan penulisnya..terima kasih :-)

Monday, July 18, 2011

Suci Versus Jijik !! ( Cintailah Alam Kita )

FAKTA

Telah menjadi adat istiadat dan hukum karma bagi setiap manusia yang bersalah waima haiwan sekalipun pasti akan menerima hukuman tidak kiralah untuk kesalahan yang kecil ataupun besar. Antaranya..hukuman bagi murid yang bising .. biasanya didenda untuk berdiri-- hukuman pesalah trafik yang melanggar lampu isyarat .. mandatori RM 300
( terbanglah duit tersebut dengan selambanya dari poket anda) -- hukuman lembu masuk kebun org lain, sebatan yang bertubi-tubi atau pun direjam dengan batu oleh tuan punya kebun-- dahsyat bukan.. Tapi inilah hukum alam yang kadang2 hanya bergantung kepada undang-undang hasil ciptaan tangan manusia.

Fakta yang ingin disampaikan di sini ialah berkenaan dengan planet bumi ini yang hampir diliputi dengan penambakkan sampah-sampah terutamanya negara kita MALAYSIA!

Dendaan kepada pembuang sampah yang tidak bertauliah ini yang sebenarnya boleh memberikan tamparan dalam kehidupan kita jika dendaan ini betul2 dilaksanakan.

( RM 500 adalah satu nilai yang besar jika anda hanya insan yang berkerja dan berpendapatan sebanyak 1500 dan ke bawah )
REALITI

Tidakkah perlu dirungkaikan realitinya kerana gambar di bawah dan video ini telah merungkaikan segala-galanya.. Amatilah gambar di bawah dengan hati yang celik imannya.




Selambanya manusia kan..lagi ditegah.. lagi menjadi tangan jahatnya.. apakah persepsi anda tetapi inilah realitinya..

Realiti sungai kita.. adakah slogan indah permai mampu memberikan kita gambaran yang positif skrg ini?

lihat pula video ini..inilah realitinya ( ambil yang baik jaa nooh)


**kredit kepada mat Lupi..(pinjam video,Tq)

PERSOALAN


> adakah semua orang bersikap begini?

> Adakah kita tidak mampu meniru SINGAPURA ( majoriti penduduknya masih belum Islam) dalam hal ehwal penjagaan alam sekitar ini?

> Dimanakah harus bermulanya sikap tentang pengjagaan alam sekitar ini,sekolah, rumah, parlimen?

> Bagaimanakah langkah drastik untuk mengatasi gejala yang kecil tetapi bakal menjadi satu budaya ini?

CADANGAN

> Tidak semua orang bersikap begini,segelintir sahaja dan ramai yang masih bersikap rasional tetapi yang kurangnya ialah budaya menegur sesuatu yang salah itu..betul tak?

> Sebenarnya MALAYSIA ( majoritinya masyarakat yang beragama ISLAM ) mampu meniru negara SINGAPURA tetapi proses transformasi ini perlu dijalankan serentak dengan kempen yang berjalan serentak dengan dendaan nya..( kalau tegas, berkemungkinan manusia akan berwaspada )

> Jawapannya hanya satu..DIRI SENDIRI, jika semua ada kesedaran dalam ataupun instrinsik maka pengaruh dalaman itu mampu merubah persekitaran anda tetapi perlu istiqamah dan mengharapkan hasilnya yang lama ( bukan hari ini buat, esok terus dapat ) SABAR :-).

> Bagi ~aku insan biasa ~.. gunakan perang psikologi yang sedikit kasar.. ( ~aku insan biasa ~ jenis kurang ajar untuk mengajar orang yang belum cukup ajarannya )

Contoh sahaja...hehehe

> kita juga boleh meyambut seruan pelbagai badan bukan kerajaan seperti berusaha melakukan kitar semula..dapat juga pulangan nya walaupun 23sen bagi sekilogram kertas..( okla dari tiada langsung bukan,boleh guna untuk beli aiskrim..hehe)

Cubalah jadi insan yang bertanggungjawab terhadap alam.
Jadi, sama2 lah kita betulkan niat dan betulkan hati untuk teguhkan iman.. Kebersihan juga sebahagian daripada iman.Selamat beramal, insyallah



0 comments:

Post a Comment