Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

بسم الله الرحمن الرحيم
(Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

Laman Blog ini dicipta di atas satu petikan kata daripada

Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qardhawi
di dalam kitabnya iaitu Fikhul Jihad Karangan
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"

Hasil tulisan dalam laman ini adalah hasil olahan 99.99% penulis sendiri ~ aku Insan Biasa ~ dengan bersandarkan maklumat yang telah disunting dan disatukan menjadi satu artikel yang membincangkan tentang fakta dan realitinya yang sebenar.

Harapan ~ aku Insan Biasa ~ ialah ingin menjadikan laman ini sebagai satu ruang diskusi secara ilmiah dan berharap laman ini menjadi peringatan kepada diri penulis dan pembacanya juga - insyaallah.
**sebarang tulisan yang menyebabkan perasaan marah ataupun terasa dengan segala tulisan ini..harap dimaafkan dan diajak berbincang dengan penulisnya..terima kasih :-)

Thursday, July 21, 2011

Diam Versus Bercakap !

FAKTA

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT JUMAAT


1. Islam


2. Baligh


3. Lelaki


4. Berakal


5. Berkemampuan


6. Merdeka


7. Bermukim




SYARAT-SYARAT SAH SOLAT JUMAAT



1. Ditunaikan pada tempat khas.


2. Ditunaikan dalam waktu Zohor.


3. Secara berjemaah.


4. Sekurang-kurangnya mengandungi 40 orang jemaah tidak termasuk imam.


5. Didahului 2 khutbah sebelum solat Jumaat.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Dari Abu Hurairah ra., Nabi berkata, "Jika kamu berkata kepada sahabat kamu "Diam", semasa Imam sedang berkhutbah pada hari Jumaat, maka kamu telah berkata yang lagha (berkata perkara yang sia-sia)". ([HR al-Bukhari, Muslim)

Nabi s.a.w.: "Jika kamu berkata kepada kawanmu, diam pada hari Jumaat dan khatib sedang membaca khutbah, maka tiada pahala Jumaat baginya." (Nailul Authar, dari Abu Hurairah).

Berkata-kata ketika imam berkhutbah TIDAK MEMBATALKAN solat Jumaat tetapi TIDAK MENDAPAT PAHALA.

Menurut mazhab imam Syafi’e, hukumnya MAKRUH berkata-kata ketika khatib sedang berkhutbah Jumaat.

Manakala tiga imam yang lain (Hanafi, Maliki dan Hanbali) mengatakan HARAM berkata-kata ketika khatib sedang berkhutbah Jumaat.

Dibenarkan berkata-kata dalam beberapa keadaan, iaitu kerana mahu memberi amaran kepada si buta daripada terjatuh ke dalam telaga, mengerjakan solat tahiyatul masjid, mengucap `yarhamukallah’ kepada orang yang bersin apabia dia memuji Allah, menjawab salam dan membaca selawat apabila mendengar selawat.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

REALITI

> Masjid akan kelihatan penuh dan melimpah ruah jemaahnya ketika waktu solat Jumaat sahaja tetapi tidak untuk waktu yang lain.
> Masih ramai yang mengganggap remeh tentang kewajipan menunaikan Solat Jumaat ini dan masih ada segelintir manusia Islam tidak berusaha untuk pergi solat Jumaat.


Situasi pada waktu solat Jumaat.
1. Masih ada sebilangan manusia yang sibuk berbual sesama mereka (andaikata masjid tidak disertakan dengan pembesar suara, tidak mustahil suara mereka boleh memenuhi ruang masjid tersebut)

2.Sempena trend dunia di hujung jari, ada orang sibuk berinternet @ ber SMS, berfacebook dengan menggunakan black Berry, android la dan DLL..

3.ada juga sebilangan kecil manusia yang lupa untuk mengaktifkan mod senyap terhadap telefon mereka sehingga deringan HP tersebut lebih kuat daripada seruan azan ( metafora )

4. Masih ada manusia yang sibuk berjual beli, membeli cendol, keropok dan sebagainya siap pakej dengan makan sekali..lagi hebat bukan.


5. Melemparkan kata-kata kesat selepas solat kerana kenderaan mereka disekat oleh kenderaan lain.


PERSOALAN

> Siapakah kita untuk meremehkan Hal ehwal solat?

> Terlalu sibuk kah kita sehingga waktu solat dijadikan untuk berbual2, ber SMS dan berfacebook?

> Mengapa perlu HP itu dibunyikan semasa kita perlu khusyukkan diri untuk beribadah ?

> Tidakkah kita tidak mempunyai masa yang lain untuk makan dan minum?

> Perlukah kita menggunakan kata-kata kesat selepas kita mengabdikan diri selepas beribadah?



CADANGAN

> Sesungguhnya kita tidak berhak untuk meremehkan solat..jadi,sama2lah kita berpesan2 untuk mewajibkan diri kita menunaikan solat.

> Cuba memberikan ruang untuk beribadah..hanya diam untuk satu jam..insyaallah boleh. Semasa khutbah dibacakan,itulah ruang untuk kita bermuhasabah diri. Hanya diam untuk satu jam sahaja daripada 24 jam.

> rasanya kita tidak perlukan Hp untuk beribadah. Untuk berfacebook, bersms, gunakan lah masa lain.. orang lain akan memahami kita yang sedang beribadah di hari jumaat.

> Andai kata perlu juga untuk membawa HP.aktifkan mod senyap ataupun gegaran sahaja..tidak mengganggu jemaah lain bukan.

> Masih ada bnyk masa untuk kita makan..kerana masih ramai yang kerja swasta dihadkan masa 1 hingga 2jam untuk berehat di hari jumaat. Sila rujuk akta buruh.

Marilah kita sama2..memantapkan diri dengan Iman..Insyaallah berkat dunia dan akhirat :-)



~ saya insan biasa ~
( harap maaf jika ada sebarang maklumat yang kurang tepat dan mengharapkan perkongsian ilmiah yang penuh etika )





0 comments:

Post a Comment