Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

بسم الله الرحمن الرحيم
(Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

Laman Blog ini dicipta di atas satu petikan kata daripada

Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qardhawi
di dalam kitabnya iaitu Fikhul Jihad Karangan
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"

Hasil tulisan dalam laman ini adalah hasil olahan 99.99% penulis sendiri ~ aku Insan Biasa ~ dengan bersandarkan maklumat yang telah disunting dan disatukan menjadi satu artikel yang membincangkan tentang fakta dan realitinya yang sebenar.

Harapan ~ aku Insan Biasa ~ ialah ingin menjadikan laman ini sebagai satu ruang diskusi secara ilmiah dan berharap laman ini menjadi peringatan kepada diri penulis dan pembacanya juga - insyaallah.
**sebarang tulisan yang menyebabkan perasaan marah ataupun terasa dengan segala tulisan ini..harap dimaafkan dan diajak berbincang dengan penulisnya..terima kasih :-)

Saturday, July 16, 2011

Boikot Versus Sokong produk Yahudi !

FAKTA

PROF DR YUSOF QARDHAWI PUN ADA BERFATWA :
"BARANGSIAPA YG MEMBELI PRODUK ISRAEL SAMA SPT MEMBERI SEBUTIR PELURU KPD ASKAR ISRAEL UTK MEMBUNUH UMAT ISLAM KHUSUSNYA DI PALESTIN "

**sekadar gambar hiasan


Hal ini juga turut merujuk daripada satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh satu syarikat produk buatan YAHUDI yang terang-terangan menyatakan keuntungan mereka digunakan untuk menyumbang dana bagi memerangi orang Islam>>

sila baca kenyataan tersebut dengan hati nurani yang tulus dan fikirkanlah tentang keadaan di PALESTIN

Rasanya sudah jelas mengapakah kita perlu memboikot produk yang berasaskan dan bertuankan YAHUDI. Ada syarikat yang menyumbangkan dana secara langsung kepada dana ketenteraan mereka untuk memerangi ISLAM tetapi ada juga yang menyumbangkan dana secara tidak terus melalui pembayaran cukai terhadap negara yang memerangi ISLAM setelah mereka memperoleh keuntungan..

REALITI

Mari kita lihat profil syarikat yang dikatakan menyumbang dana secara terus kepada Negara yang memerangi ISLAM

Boleh kita lihat bagaimana syarikat ini membuat pendapatan dan memperoleh keuntungan daripada hasil sumbangan yang telah kita berikan

( Cuba kita bayangkan jika kerajaan yang terbabit hanya mengenakan
5% cukai daripada pendapatan syarikat ini dan dijadikan sebagai dana buat negara tersebut
5 % daripada 2 bilion bersamaan dengan 100 juta USD!!!
- BUKANKAH INI SATU NILAI YANG BESAR )


Mari kita lihat siapakah yang banyak memenuhi ruang makan di syarikat ini, jangan terkejut jika kaum ISLAM MELAYU yang memenuhinya.. Ini adalah satu realiti bukannya satu omong-omong kosong tanpa sebarang bukti

PERSOALAN


> Apakah benar syarikat2 yang dimaksudkan ( McD,KFC,COKE,STARBUCKs) benar2 memberikan sumbangan kepada USA dan sekutunya ?

> Adakah kita akan mati ataupun hidup tidak sempurna tanpa barangan YAHUDI ini ( barangan ini adalah keperluan atau kehendak ) ?

> Adakah kita tiada penyelesaian masalah untuk menggantikan segala barangan ini?

> Mengapakah kita perlu menggunakan barangan yang dimaksudkan?

CADANGAN

> Mungkin mereka tidak menyumbang secara terang-terangan tetapi mungkin menyumbang melalui kutipan cukai yang telah dikenakan, sifirnya mudah..makin sedikit kita menyumbang,semakin sedikit mereka untung dan semakin kecil nilai cukai yang dikenakan.

> rasanya kita tidak akan mati jika tidak menggunakan barangan ini kerana kebanyakkan barang-barang ini adalah kehendak tetapi ada juga keperluan seperti perisian komputer yang diasaskan oleh Intel. ( bagi barangan yang bersifatkan begini, kita terpaksa menggunakannya keran tiada pilihan lain tetapi bukan niat untuk menguntungkan mereka tetapi digunakan untuk menyebarkan dakwah dan memberitahu kepada umat sedunia tentang agenda mereka (( counter balik ))

> Tentang makanan, kita masih mempunyai banyak penyelesaian kerana masih banyak makanan yang kita boleh makan selain makanan tersebut dan kita juga telah mempunyai francais pilihan seperti RFC dan sebagainya. ( lagipun makanan daripada syarikat tersebut bukanlah satu menu yang sihat dan mempunyai implikasi kepada kesihatan dalam jangka masa yang panjang ) . Kita juga boleh memasak dengan sendiri jika ingin merasai makanan seperti ayam goreng, burger dan sebagainya ( atas diri sendiri rajin atau tak..bukan :-) .

> rasanya tiada sebab mengapa kita memerlukan barangan tersebut kecuali barangan komputer, petrol dan sebagai nya. adalah lebih halus dan beralas jika menggunakan frasa ini JADIKAN AMERIKA PILIHAN YANG TERAKHIR atau dalam bahasa kampungnya BUY AMERICAN PRODUCT LAST -- membawa maksud produk ini menjadi pilihan terakhir setelah kita berusaha mencari produk gantiannya.

~ saya insan biasa ~
( harap maaf jika ada sebarang maklumat yang kurang tepat dan mengharapkan perkongsian ilmiah yang penuh etika )

0 comments:

Post a Comment