Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

بسم الله الرحمن الرحيم
(Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

Laman Blog ini dicipta di atas satu petikan kata daripada

Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qardhawi
di dalam kitabnya iaitu Fikhul Jihad Karangan
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"

Hasil tulisan dalam laman ini adalah hasil olahan 99.99% penulis sendiri ~ aku Insan Biasa ~ dengan bersandarkan maklumat yang telah disunting dan disatukan menjadi satu artikel yang membincangkan tentang fakta dan realitinya yang sebenar.

Harapan ~ aku Insan Biasa ~ ialah ingin menjadikan laman ini sebagai satu ruang diskusi secara ilmiah dan berharap laman ini menjadi peringatan kepada diri penulis dan pembacanya juga - insyaallah.
**sebarang tulisan yang menyebabkan perasaan marah ataupun terasa dengan segala tulisan ini..harap dimaafkan dan diajak berbincang dengan penulisnya..terima kasih :-)

Saturday, July 16, 2011

Anak Islam Melayu VS Anak barat





FAKTA >>>


Menurut Maria Montessori ( pendidik berbangsa Itali, tokoh pendidik awal kanak-kanak) yang memberikan sumbangan tentang pedagogi hal eahwal kanak-kanak melalui pemikirannya..
( perkara yang berkaitan sahaja)
> kanak-kanak sebagai insan cekap, digalakkan untuk membuat keputusan maksimum.
> "penyerapan minda," motivasi kanak-kanak yang tiada had untuk mencapai kecekapan terhadap persekitarannya dan untuk memperincikan skillnya dan memahami sebaik sahaja ia ditemui di sekitar tempoh sensitif.




REALITI >>>

antara salah satu keratan akhbar yang menunjukkan betapa pincangnya
masalah sosial di malaysia.

statistik yang memberikan kita gambaran yang jelas tentang betapa goncangnya
akhlak melayu islam di malaysia kini ( Juara Rakyat )

**klik image untuk tontonan lebih jelas



PERSOALANNYA>>

> adakah buah fikiran ini kekal relevan dengan pendidikan untuk rakyat Malaysia khususnya anak-anak Islam Melayu di sini?
> Adakah pendidikan yang berasaskan pemikiran tokoh pendidik barat ini sesuai untuk membina jati diri anak - anak untuk menjadi insan yang berguna tanpa menggadaikan budaya dan adat islam sebagai tunjang utama dalam diri
>> Imej di atas telah memberikan kita satu gambaran yang jelas tentang realiti kini.
** penulis bukan hendak mempertikaikan satu fakta yang telah dicipta sekian lama tapi mahu berbincang secara ilmiah tentang permalasahan yang kita alami sekarang**


CADANGAN >>


> Berbaliklah kita kepada Al Quran Dan As Sunnah serta menjadikan pemikiran Imam Al Ghazali sebagai satu model contoh untuk mendidik anak-anak antaranya dididik dengan penuh kasih sayang dan dididik oleh seorang ibu yang baik.
> Tiada salahnya menggunakan konsep Islam dalam pendidikan yang berteraskan konsep ADIL yang membawa maksud meletakkan sesuatu perkara pada tempat yang betul. salah satu analogi nya ialah menegur sesuatu yang telah jelas kesalahan dan memberikan pengajaran yang setimpal dengan kesalahan tersebut. Tidak boleh membiarkan kesalahan yang kecil tanpa ditegur kerana kesilapan yang kecil itulah yang membawa kepada kesalahan yang besar.
> Pengajaran berasaskan psikologi tidak salah tetapi pengajaran itu jika gagal diaplikasi dengan berkesan, kesannya amat berbahaya kerana tahap pemikiran anak-anak masih gagal untuk memproses sesuatu maklumat dengan baik dan menjadikan mereka lebih berasa selesa dengan sesuatu kesalahan yang dibuat. Wallauhualam

~ saya insan biasa ~
( harap maaf jika ada sebarang maklumat yang kurang tepat dan mengharapkan perkongsian ilmiah yang penuh etika )

0 comments:

Post a Comment