Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

بسم الله الرحمن الرحيم
(Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

Laman Blog ini dicipta di atas satu petikan kata daripada

Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qardhawi
di dalam kitabnya iaitu Fikhul Jihad Karangan
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"

Hasil tulisan dalam laman ini adalah hasil olahan 99.99% penulis sendiri ~ aku Insan Biasa ~ dengan bersandarkan maklumat yang telah disunting dan disatukan menjadi satu artikel yang membincangkan tentang fakta dan realitinya yang sebenar.

Harapan ~ aku Insan Biasa ~ ialah ingin menjadikan laman ini sebagai satu ruang diskusi secara ilmiah dan berharap laman ini menjadi peringatan kepada diri penulis dan pembacanya juga - insyaallah.
**sebarang tulisan yang menyebabkan perasaan marah ataupun terasa dengan segala tulisan ini..harap dimaafkan dan diajak berbincang dengan penulisnya..terima kasih :-)

Friday, December 30, 2011

HONESTY VS KORUPSI



FAKTA

Honesty bermaksud kejujuran

Apa itu korupsi – berasal daripada perkataan latin iaitu corruption yang membawa erti dalam bahasa moden melayu ialah rasuah.

Apakah rasuah itu – untuk mudah difahami satu kesalahan jenayah yang melibatkan penyelewangan, penipuan dan penggelapan wang ataupun sesuatu yang berharga dan membolehkan seseorang itu memperoleh keuntungan peribadi.

Merujuk kepada Al-Feqhul Wadhih, Vol 2, Dr. Muhmad Bakr Ismail, hal.610 rasuah ialah sesuatu yang disogokkan kepada penzalim kepada penzalim untuk mengambil hak yang bukan miliknya, atau untuk menghilangkan hak dari yang empunya samada atas motif dendam atau penipuan dengannya, dan untuk mendapatkan satu kedudukan yang tidak sepatutnya atau pekerjaan yang dia tidak berkelayakkan

Jenis-jenis korupsi antaranya

> Penyuapan
Penyuapan dapat didefinisikan sebagai perbuatan atau tindakan dari satu pihak yang memberikan keuntungan kepada pihak lain agar matlamat peribadinya tercapai.

> Penggelapan
Membawa erti mengambil hak orang lain secara haram ataupun tidak sah tanpa pengetahuan pemiliknya untuk kegunaan peribadi,

>Nepotisme dan Kroniisme
Menjalankan sesuatu perkara yang menguntungkan dengan mengutamakan keluarga ( nepotisme ) atau rakan-rakan ( kronisme)

>Kickback
Dana yang perlu diagihkan kepada pihak-pihak yang berhak tetapi telah diselewengkan dengan menidakkan pihak-pihak yang berhak menerima dana tersebut. Malah dana tersebut dimonopoli oleh organisasi yang diselia olehnya sahaja..

Hukuman bagi manusia yang terlibat dengan rasuah ini ialah :

Sudut Agama Islam :

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Allah melaknati pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam hukum." (HR al-Tarmizi, Ahmad & Ibnu Hibban)

Undang – undang :

Malaysia - Mengikut Seksyen 24 (1) Akta SPRM 2009 mereka yang disabitkan kesalahan jenayah boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau sepuluh ribu ringgit mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

China – seorang Bekas Ketua Industri di China menerima hukuman mati daripada mahkamah Beijing kerana melakukan rasuah dan mengabaikan tugasnya yang hakiki. ( andai ini dilaksanakan hukuman ini turut dijalankan di Malaysia berkuatkuas 2012, alamatnya..ramailah menemui ajal pada 2012 ini)

REALITINYA >>>


Nilai Indeks Persepsi Rasuah Malaysia yang turun dari tangga 56 ke tangga 60 dengan kekurangan skor sebanyak 0.1 mata memang sudah dijangka sejak awal-awal lagi.

tahun 1995, Indeks Persepsi Rasuah bagi Malaysia berada pada tangga yang ke 23 daripada 41 buah negara dengan 5.28 mata. Tapi kini 2011...

>> New Zealand 9.5 ( nombor 1)
>> Singapura 9.2 (nombor 5)
>> Taiwan 6.1 (nombor 32)
>> Korea Selatan 5.49 (nombor 43)
>> Israel 5.9 ( nombor 5.8)
>> Bhutan 5.7 ( nombor 38)
>> Brunei 5.2 ( nombor 44 )
>> Malaysia 4.3 (nombor 60)


** info-skor penuh bagi indeks persepsi rasuah ialah 10.0, dan paling teruk ialah 0.0
makin tinggi skor,negara itu makin bebas daripada perilaku rasuah yang jijik ini



-- kadar peningkatan rasuah dalam tempoh 3 tahun,Malaysia menjadi naib johan dengan mengalahkan negara lain antaranya Indonesia, Thailand dan Singapura. Adakah ini mencerminkan Malaysia sebagai negara Islam???

PERSOALANNYA >>

-- Mengapakah Negara Bhutan yang agak ketinggalan dari segi pembangunan mempunyai ranking lebih dari kita ?

-- Mengapa Negara 100 % monarki seperti Brunei dapat mengawal rasuah di Negara mereka

-- Soalan untuk ~aku insan biasa ~ dan semua, mengapakah kita perlu kaya dengan cara yang salah?

-- Mengapakah kita mudah tertewas dengan sumpahan wang ringgit dan kepalsuan keseronokan dunia ini ?

CADANGAN >>>

** Kembalilah kita kepada fitrah islam dan iman agar lebih menjaga tatasusila kita sebagai islam melayu agar menjauhi diri daripada rasuah.

** Ambil contoh yang positif daripada barat tentang etika kerja mereka bukannya mengambil budaya hiburan mereka selepas kerja..

** Sama-sama kita berdoa agar kita dijauhi daripada rasuah yang merosakkan perkembangan ekonomi Negara dan menidakkan hak mereka-mereka yang berhak.

** Jujurlah semasa melakukan pekerjaan dan berkerjalah dengan seikhlas hati dengan tujuan untuk mendapat Redha Ilahi. Berfikirlah dan letakkan diri anda di tempat orang yang teraniaya tersebut dan cuba rasai kepahitan jika anda pula teraniaya.

** Dekatkan diri dengan islam dan ajaran islam serta jadikan ustaz – ustaz sebagai rakan dan rujukan untuk memperoleh nasihat serta panduan keberkatan di dunia dan syafaat di akhirat insyaallah

-------PEGANGLAH PRINSIP JUJUR DALAM SETIAP APA YANG ANDA LAKUKAN-------

~ Aku Insan Biasa ~

0 comments:

Post a Comment