Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

بسم الله الرحمن الرحيم
(Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

Laman Blog ini dicipta di atas satu petikan kata daripada

Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qardhawi
di dalam kitabnya iaitu Fikhul Jihad Karangan
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"

Hasil tulisan dalam laman ini adalah hasil olahan 99.99% penulis sendiri ~ aku Insan Biasa ~ dengan bersandarkan maklumat yang telah disunting dan disatukan menjadi satu artikel yang membincangkan tentang fakta dan realitinya yang sebenar.

Harapan ~ aku Insan Biasa ~ ialah ingin menjadikan laman ini sebagai satu ruang diskusi secara ilmiah dan berharap laman ini menjadi peringatan kepada diri penulis dan pembacanya juga - insyaallah.
**sebarang tulisan yang menyebabkan perasaan marah ataupun terasa dengan segala tulisan ini..harap dimaafkan dan diajak berbincang dengan penulisnya..terima kasih :-)

Thursday, December 15, 2011

BERADAB VS BIADAP


Post kali ini lebih berfokuskan kepada pengusaha kedai makan di Malaysia bumi yang tercinta

FAKTA>>>

JAKIM telah mengumumkan 74.7 peratus pemegang sijil halal terdiri daripada peniaga bukan bumiputera. Isyarat positif ini menunjukkan bahawa peniaga bukan Islam mula mengambil berat keperluan pengguna Islam terhadap produk makanan halal.
Kita dapat lihat dengan jelas bahawa pengusaha makanan atau yang berkaitan dengan makanan juga dikuasai oleh bukan islam..dimanakah lenanya umat islam melayu kita kini..
Bagaimana pula dengan pengusaha restoran dan makan di Malaysia.. mengikut statistic yang dikeluarkan oleh portal rasmi pembangunan francais Malaysia, didapati bidang makanan adalah paling tinggi tercatat dalam kelulusan permohonan untuk mendapatkan lessen..

REALITI >>>

Adakah setiap pengusaha makanan berpegang kepada 5k

Kehalalan

Kebersihan

Kesedapan

Kemesraan

Kuantiti dengan harga

Jika anda semua semua berpuashati dengan 5K ini.. jika ya..maka kedai itu layak mendapat 5 bintang..
Kebiasaanya dan mengikut pengalaman ~aku insan biasa~, kedai melayu islam gagal untuk menjaga K yang ke empat iaitu kemesraan..( tetapi kini, kedai islam melayu juga sudah mula mencekik darah—alasannya simple, harga barang naik bang..so,kita kena akui ini)
Tetapi bukan payah untuk menjaga kemesraan dengan pelangan bukan
Apa yang kita selalu lihat
-payahnya untuk mengucapkan terima kasih
-susah untuk mengucapkan kata maaf jika terlewat menghantar pesanan atau terlupa menghantar pesan
-mudah menunjukkan muka 14 tahap masam tersangat( senyuman itukan hadiah yang cantik)
-PALING BAHAYA DAN TERANCAM DENGAN SIFAT PHD SESAMA BANGSA KITA..( mudah saja analoginya, dan jgn terkejut sehinggakan sanggup menggunakan bantuan jin dan syaitan untuk meranapkan perniagaan org lain..masyaAllah)
**mungkin hal ini yang menyebabkan umat islam kita sukar untuk memberikan sokongan kepada bangsa dan agama sendiri, mereka lebih gemar memilih francais makanan segera ( fast food) kerana kita dapat membayangkan tentang layanan yang akan diberikan ( layan diri so sendiri sudah pikir)

PERSOALANNYA >>

Adakah terlalu payah untuk mengucapkan terima kasih ( yang ini kita perlu belajar dengan barat yang agak berhemah daripada kita ) –kata2 seorg tokoh barat yang telah memeluk islam, saya sangat bersyukur ke hadrat Allah kerana menemukan saya deng islam terlebih dahulu dan tuidak menemukan saya dengan muslim lebih awal darpada saya mengenali islam >> tajam sungguh kata2 nya tentang perihal muslim kita sekarg ini
Adakah sukar untuk kita mengucapkan kata maaf walaupun kesalahan itu kecil… api kemarahan yang marak dapat dipadamkan dengan kata2 maaf yang ikhlas kawan2..insyaallah.
Adakah terlalu susah untuk ,menghadiahkam senyuman buat pelangan..senyuman itu juga ibadah kerana dengan senyuman yang seketika, mampu merubah ,mood seseorang manusia..


CADANGAN >>

>Setiap pengusaha makanan org kita,org islam, melayu kita hendaklah menjaga kualiti 5K ini
> ringan2kan mulut untuk melemparkan senyuman
Mudahkan diri untuk mengucap kata teriama kasih
Senangkan hati untuk melafazkan bicara maaf jika berlakunya kesilapan..
Insyaallah, kedai tuan puan makin maju dan makin dilimphakan rezekji oleh NYA insyaallah
~aku insan biasa ~

0 comments:

Post a Comment