Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

بسم الله الرحمن الرحيم
(Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

Laman Blog ini dicipta di atas satu petikan kata daripada

Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qardhawi
di dalam kitabnya iaitu Fikhul Jihad Karangan
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"

Hasil tulisan dalam laman ini adalah hasil olahan 99.99% penulis sendiri ~ aku Insan Biasa ~ dengan bersandarkan maklumat yang telah disunting dan disatukan menjadi satu artikel yang membincangkan tentang fakta dan realitinya yang sebenar.

Harapan ~ aku Insan Biasa ~ ialah ingin menjadikan laman ini sebagai satu ruang diskusi secara ilmiah dan berharap laman ini menjadi peringatan kepada diri penulis dan pembacanya juga - insyaallah.
**sebarang tulisan yang menyebabkan perasaan marah ataupun terasa dengan segala tulisan ini..harap dimaafkan dan diajak berbincang dengan penulisnya..terima kasih :-)

Saturday, December 24, 2011

BERHATI HATI VS BERHATI MATI



FAKTA >>>

Rekod terburuk pernah direkodkan sebelum ini ialah ketika Ops Sikap ke-3 pada musim Aidilfitri 2002 yang menyaksikan 285 pengguna jalan raya terkorban.

Ops sikap 23 Seramai 248 orang terkorban dalam nahas jalan raya pada Ops Sikap sempena musim perayaan Aidilfitri tahun lalu.

Ops sikap 24 Daripada 289 kematian dilaporkan sejak 15 hari lalu, 178 kematian atau 62 peratus membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Sebanyak 19,606 kemalangan dilaporkan sepanjang Ops Sikap ke-24, manakala 113,392 dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan dalam tempoh sama.

Perangkaan nahas jalan raya pada tahun lepas menunjukkan sebanyak 3,693 penunggang dan pembonceng motosikal meninggal dunia
Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kemalangan terus meningkat setiap tahun dan pada musim perayaan tahun ini sahaja mencatatkan jumlah kemalangan adalah sebanyak 1609 kes kemalangan dan merupakan jumlah kemalangan yang paling tinggi dicatatkan sejak beberapa tahun yang lalu.

Manakala keseluruhan jumlah kemalangan menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kemalangan terus meningkat. Pada 2010 sebanyak 414,421 kemalangan direkodkan berbanding 397,330 kemalangan pada 2009.

REALITINYA >>>

Mengapa hali ini terjadi dan pertambahan angka korban kita bertambah dan makin bertambah.. adakah manusia zaman kini dan insan akhir zaman ini telah mampu menyukat keimanan mereka sendiri kerana terlalu mudah menghadiahkan darah dan nyawa di atas jalan raya.. lihat statistik ini …



Statistik ini telah menunjukkan bahawa kecuaian pemandu adalah faktor utama yang menyebabkan berlakunya kemalangan dengan catatan sebanyak 1600 kes.

Yang kedua pula ialah memotong kenderaan lain tetapi gagal mempunyai anggaran kelajuan dan jarak yang baik akhirnya berlanggar denga kenderaan di garisan bertentangan arah..punca utama disini ialah TIADA KESABARAN! – disebabkan anda..ramai yang diundang maut tanpa sebab.

Yang ketiga ini adalah salah satu faktor yang berkait rapat dengan faktor pertama iaitu kemalangan berlaku akibat penukaran lorong atau penukaran arah yang tidak ada rasa kesabaran.. main henjut ke lain org lain tanpa memebri isyarat..—bukan kena bayar pun kalau guna signal.. anda mampu membeli kereta tetapi tidak mampu menggunakan signal kerana takut bateri kehabisan tenaga.. ataupun terlalu berpegang kepada buku panduan memandu iaitu jika ingin membelok, perlu memberikan lampu isyarat tetapi anda tidak ikut peraturan di klausa ayat yang berikutnya iaitu memberikan signal sebelum 10 meter dari tempat yang ingin dituju..kebanyakannya anda hanya berpegang..perlu bagi signal sahaja..

faktor-faktor lain tidak perlu disentuh kerana faktor pertama merangkumi semua faKtor.. cuai yang membawa maut..

PERSOALANNYA >>>

Adakah kita tidak mampu menggunakan iman dan kesabaran ketika memandu?

Adakah kita perlu terlalu cepat umpama mendapat panggilan izrail hinggakan tidak mampu memikirkan tentang keselamatan jiwa org lain?

Adakah kita tidak mampu menggunakan kemudahan pada kereta seperti signal, lampu isyarat untuk tujuan keselamatan bersama, tidak luak satu volt pun jika kita gunakan semua iaitu..

Adakah kita perlu memakai tali pinggang keselamatan jika di hadapan polis, JPJ, polis trafik sahaja ??

CADANGAN >>>

Fokuskan diri ketika memandu dan setup time dengan elok agar dapat menikmati pemanduan yang lancar..

Belajarlah untuk mematuhi peraturan telah ditetapkan di dunia ini jika tidak mampu mematuhinya anda perlu sentiasa menjadi pengingat setia tentang kematian dan ikhlaskan diri untuk takut kepada Allah, bukannya takut di saman kerana takutkan Allah dan sentiasa mengingati mati juga kana menggolongkan kita dalam kalangan orang-orang yang beriman..insyaallah

Marilah kita bersama-sama untuk mengurangkan indeks kematian di jalan yang bengkang bengkok ini walaupun highway, masih tetap ada selekohnya, masih ada lambungannya..marilah kita mencari kematian di jalan yang lurus dan diredhai oleh Allah S.W.T. amin..insyaallah

~ aku insan Biasa ~

0 comments:

Post a Comment